Friday, January 29, 2010

YB Zul Noordin Tinggalkan PKR???

Apabila melihat isu YB khalid samad & YB Zul, rasanya ia membuatkan puak2 UMNO bertepuk tangan kerana melihat dua sahabat ini berbalah dalam mempertahankan pendirian masing2 didalam isu penggunaan kalimah Allah. Perkara sedemikian menunjukkan kerapuhan didalam pakatan rakyat dalam mencapai kesepakatan berhubung isu ini. walaupun PKR&PAS sudah membuat ketetapan serta pendirian bahawa non muslim dibenarkan menggunakan kalimah Allah selagi mana mereka tidak menyalah gunakan kalimah tersebut dgn tujuan menghina,mencaci atau mempunyai maksud yg tersembunyi terhadap umat Islam sehingga menggugat akidah mereka.

Pemimpin tertinggi PAS melihat ia dari sudut dakwah bagi mendekatkan non muslimm kepada Islam.Namun begitu, terdapat segelintir pemimpin2 PAS&PKR yg tidak setuju & menentang tindakan parti membenarkan penggunaan kalimah Allah dgn alasan berdasarkan dalil2 & nas2 didalam al-quran.Antara mereka adalah Dr Haron Din & YB Zulkifli Noordin. Tindakan YB zul membuat laporan polis terhadap YB khalid samad menimbulkan pelbagai reaksi dr semua pihak didalam PR.

Bagi saya, penggunaan kalimah Allah oleh non muslim ada pro & kontranya. Sebagai muslim, kita perlu duduk berbincang & mencari jalan penyelesaian dalam masalah ini. Saya tidak faham mengapa mahkamah sivil yang membuatkan keputusan samada non muslim dibenarkan menggunakan nama Allah atau tidak. sedangkan nama Allah adalah berkaitan dengan umat Islam & umat islam ataupun para ulama & pemikir Islam lah yg perlu menentukan samada non muslim layak atau tidak menggunakan nama Allah.

Ia menjadi tanda tanya bagi saya adakah suatu hari nanti perkara berkaitan dgn syariah akan dibawa ke mahkamah sivil??? Berkait dengan YB Zul, media2 pro UMNO mengemburkan bahwa YB akan keluar parti dan dipelawa@dijemput menyertai UMNO kerana bg mereka pendirian YB sama dgn ketetapan UMNO berkaitan peggunaan nama Allah ini. Spekulasi ini timbul dari susulan tindakan yg akan ditetapkan oleh jawatankuasa displin PKR. saya melihat, walau apa pun tindakan atau hukuman yg akan dikenakan oleh parti terhadap YB, beliau sepatutnya berdiri teguh dibelakang DSAI&PKR bagi meneruskan perjuangan politik beliau. Bukan hanya kerana masalah atau berbeza pendapat didalam sesuatu isu, YB perlu keluar parti. Itu bukanlah satu jalan penyelesaiannya.

Adakah jika YB melompat menyertai UMNO, perbezaan pendapat atau ideologi tidak akan timbul?? Lihat shj apa yg telah berlaku kepada zaid ibrahim, rasanya YB cukup jelas apa yg berlaku terhadap beliau. YB telah komen didalam blog YB sendiri. Saya mengharapkan YB istiqamah dan bersabar dalam perjuangan politik YB. Kerana bg saya YB adalah satu aset berharga buat PKR. Didalam sesuatu parti atau faction perlu wujudnya 'contrarist' bagi mengimbangkan pendapat atau pandangan yg dirasa tidak benar atau tidak menepati kehendak agama khususnya.

Perdebatan yg belaku bukan lah bagi mengundang permusuhan tetapi sebaliknya untuk mencari kesepakatan atau satu 'cure' yg terbaik bagi sesuatu permasalahan yg timbul. saya juga berharap YB khalid & YB zul yg sedang bertegang ini tidak bermusuhan. kerana mereka amat diperlukan oleh parti bagi meneruskan perjuangan serta khidmat mereka amat ditagihkan bukan shj pejuang2 Allah malah rakyat di Kulim & Shah Alam.

No comments:

Post a Comment