Monday, August 17, 2009

Tahniah Ustaz Akhil Hayy




Akhil Abdul Hai atau lebih dikenali sebagai Akhil Hayy selamat diijab kabulkan dengan penyanyi Waheeda. Akhil, 40, menganggap pernikahan mereka sebagai ketentuan Allah selepas berdepan dengan pelbagai tohmahan sebelum ini (petikan dr mymetro).

Tahniah dan selamat pengantin baru saya ucapkan kepada ustaz akhil hayy dan waheeda diatas pernikahan mereka setelah pelbagai kontroversi yang melanda mereka berdua sejak kebelakangan ini.

Mungkin terdapat pelbagai reaksi daripada peminat kedua2 mereka ini termasuk mereka yang mungkin tidak mengikuti perkembangan mereka sebagai artis tetapi setelah mengetahui kontroversi mereka.

Mungkin juga ada yang meluat melihat mereka berdua, dan ada juga yang tidak kisah dengan apa yang berlaku. Tetapi walau apapun, banyak cerita2 yang didengar mengatakan "kami menyampah tengok mereka berdua".

Perasaan ini mungkin timbul kerana isu perceraian ustaz akhil dengan isterinya. Ditambah pula dengan tersebarnya gambar ustaz akhil dengan waheeda berserta rakan2 ditepi pantai.

Ia menimbulkan persoalan adakah ini rupanya seorang pendakwah dan penghibur nasyid yang mengajak umat Islam menghayati ajarannya...



Bagi saya, itu adalah kehidupan peribadi ustaz akhil dan waheeda. Apa yang berlaku adalah kesilapan mereka sendiri. Ini juga mungkin kerana mereka berdua adalah artis, yang menjadi tatapan ribuan penonton samada di kaca TV mahupun media elektronik yang lain.

saya bukannya menyokong tindakan ustaz akhil hayy didalam isu rumahtangganya ataupun pergaulan mereka ditepi pantai. Tetapi saya lebih suka melihatnya sebagai seorang masih kurang kedalaman ilmunya tentang agama Islam, dimana kedua mereka ini perlu bermuhasabah diri, merenung mana yang kurang untuk diperbaiki.

Saya bukanlah seorang yang banyak pengetahuannya tentang ilmu agama,masih banyak lagi yang perlu saya belajar. Akan tetapi saya melihat mereka berdua ini sebagai pendakwah yang menyeru orang kearah kebaikan, sedangkan mereka sebaliknya..

Maaf kepada ustaz akhil dengan kritikan ini...saya berharap, ustaz akhil dan waheeda segera berusaha memulihkan imej mereka berdua. Mungkin bagi setengah pihak, pernikahan ini adalah tidak memadai dengan apa yang telah mereka lakukan..

Niat untuk berkahwin lebih dari satu adalah tidak salah. Seorang Ustaz isterinya tidak berkurang, akan tetapi akan bertambah. Yang penting tanggungjawab dan amanah Allah iaitu isteri pertama perlu lah dijaga.


Wallahualam...